Ya Allah terima kasih di atas segala ujian yang Engkau salurkan kepada hamba Mu ini. Kerana ianya manis tika ku tahu ianya tanda kasih sayang Mu
Sungguh, masalah ini satu ujian buat saya, mungkin ianya sangat kecil dibandingkan dengan ujian bagi manusia lain tetapi berat hati fikiran menanggung, walau ringan mata memandang dengan tingkah dan sikap saya. Keyakinan terhadap segala yang sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya seolah-olah tidak langsung menyentap emosi saya, mungkin hasil pengalaman dan pembelajaran mengawal emosi menjadi satu panduan terbaik saya dalam menghadap ujian ini. Sakit - sakit di kepala kembali menyerang, sejak sebulan yang lalu sakit ini menjadi-jadi, kalau dulu ianya menyerang sekali seminggu tapi bulan ini sahaja saya mengalami serangan sakit kepala hampir 2 hari seminggu. Saya akan tidur, itulah rawatan terbaik ! Rasa saya kepala sudah sesak,penuh dengan pelbagai macam dan ragam.Biarlah saya memikirkan segala masalah dan ujian ini dengan satu pandangan yang baik dan positif kerana kebaikan itu akan menghasilkan kebaikan yang lebih besar. InsyaAllah....Cuaca yang suram dan kelam pagi ini merupakan satu tanda kekuasaan Allah s.w.t dengan menampakkan putaran bulan melepasi matahari. Di mana bulan dari teori sainsnya lebih kecil dan dekat dengan bumi dibandingkan dengan matahari maka berlakulah fenomena Gerhana Matahari. Hati siapa yang tidak terdetik apatah lagi terusik melihat keajaiban dan kebesaran ciptaan Tuhan ini. Fitrah bagi setiap manusia akan mencari dan mengisafi bahawa setiap keajaiban kejadian alam ini terdapat pentadbir dan penciptanya yang paling hebat. Tentulah Allah s.w.t , Tuhan sekalian Alam. Jika di India, wanita-wanita yang sedang mengandung anak pertama di larang sama sekali berada di luar rumah kerana menurut kepercayaan mereka, gerhana akan menyebabkan berlaku perkara-perkara buruk terhadap anak dan si ibu. Di kebanyakkan tempat , gerhana merupakan satu perkara buruk dan ada juga di anggap sebagai perkara yang baik atau membawa tuah dalam diri seseorang sehinggakan fenomena gerhana ini menyebabkan ada di kalangan manusia yang menjadikan bulan dan matahari sebagai Tuhan mereka. Nauzubillah. Indahnya Islam dengan mengajar umatnya tentang kebesaran dan keinsafan diri tatkala berlaku gerhana ini. Sabda Rasullulah s.a.w ;
Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan tidak berlaku atas kematian seseorang atau kehidupannya . Jika kamu menyaksikan gerhana, maka dirikanlah solat dan berdoalah kepadaNya - Hadis Riwayat Imam Bukhari
Kebesaran Allah meliputi segala langit dan bumi dan segala isinya dan Allahlah yang mengerakkan bulan melitupi matahari hinggakan berlakunya gerhana matahari . Betapa hebatnya Allah. Insafi diri dengan kehebatan Allah s.w.t ini menampakkan kerdilnya kita sebagai hambaNya. Tidak ada suatu pun yang mustahil bagiNya dalam segala sesuatu dan ingatkan setiap diri kita akan menghadapi Pembesar Yang Maha Hebat ini kelak dalam menilai ke arah mana setiap kita seperti Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-An'am ayat 12 ;
Hak milik siapakah yang berada di langit dan di bumi ? Katakanlah; semuanya milik Allah . Ia telah menetapkan atas diriNya rahmat. Demi sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya. Orang-orang yang merugikan diri sendiri ( dengan mengsia-siakan kurniaan Allah ) , makan mereka ( dengan sebab yang tersebut ) tidak beriman.
Lihatlah langit dan bumi, lautan, pepohon, segala kehebatan di angkasa dan setiap kecantikan dan kehebatan ciptaan ini dan fikirkankanlah dengan iman mengenai hebatnya Allah . Fikir dan insafi diri selaras dengan firman Nya ;
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang adalah sebagai bukti dan tanda kekuasaan Allah s.w.t bagi orang-orang yang berfikir iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah s.w.t semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata " Wahai Tuhan kami tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka " ( Ali-Imran 190-191 ) Semoga fenomena gerhana matahari bagi tahun 2009 ini dapat menjadikan kita sebagai manusia dan umat yang berfikir dengan sentiasa menyebut dan mengingati Allah akan kebesaran nya yang menjadikan segalanya ( bulan, bintang, matahari, gerhana, langit dan sebagainya ) tanpa sebab dan sia-sia . Sesungguhnya Maha Suci Allah, Ya Allah peliharalah kami dari azab neraka . Memikirkan kebesaran dan kehebatan ini lebih menenangkan dari memikirkan masalah-masalah yang tiada kesudahan.Mungkin luahan perasaan saya akan tersalur dengan baik di Demo Anti ISA nanti. Cuma sedikit bimbang dengan penyertaan Perhimpunan Pro ISA yang akan diadakan di tempat dan tarikh yang sama dengan Perhimpunan Anti ISA , risau mereka yang buta dengan kekejaman ini akan melakukan provokasi dan mencetuskan huru hara yang mana akhirnya yang baik tampak jahat, yang benar tampak salah. Nampak agak pelik apabila mereka ini tidak mengikuti forum anjuran GMI baru-baru ini dengan pelbagai alasan tetapi berani pula berdemo menyokong akta zalim ini. Tetapi yang pastinya, Janji Allah bersama dengan yang Benar !
Saya berharap dan mendoakan yang terbaik buat sahabat yang akan menempuh kerjaya penuh barakah. Moga segalanya terbaik dan membahagiakan walaupun di mana berada. Sahabat pastinya yang indah - indah memenuhi ruangan hidup mu merupakan yang terindah bagi diri ini. Lupakan segala perit liku, tabahkan hati menempuh cabaran sebagai pendidik, anak, sahabat dan sesiapa jua di sekeliling . Jutaan kemaafan dari sahabat buat sahabat.
|
No comments:
Post a Comment